Sunday, September 19, 2010

Erti Sebuah Persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..


RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Tiga Nasihat

Pada suatu hari, ada seseorang menangkap burung. Burung itu berkata kepadanya, "Aku tak berguna bagimu sebagai tawanan. Lepaskan saja aku. Nanti aku beri kau tiga nasihat."
Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.
Orang itu setuju, lalu ia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan.
Disampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."
Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Dalam diriku terdapat dua permata besar, kalau saja tadi kau membunuhku, kau akan memperolehnya."
Orang itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya, namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"
Si burung menjawab, "Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padaku agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Aku pun tidak cukup besar untuk menyimpan dua permata besar! Kau tolol! Oleh karenanya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."
________________________________________

Monday, September 13, 2010

FITRAH MENJADI FITNAH

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang
tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan
kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa
manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta
adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak
kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta
demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa
cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan
cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta
yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah
FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau
diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA.

Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia

melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.
Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan
yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi
dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada
ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah
diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang
dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu
begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan
berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah
cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH
dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah.

Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu
diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa
itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam
hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh
menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi
pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan
dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk
ALLAH!. Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan
seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.