Saturday, January 14, 2012

Bicara ALLAH Buat HambaNya




Kenapa ujian seberat ini? 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah : 286 )
Rasa frust ?
“jgnlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman” (Al-Imran : 139)
Bagaimana harus aku hadapinya ?
“dan mintalah pertolongan dgn jalan yang sabar dan mengerjakan solat dan sesunngguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang2 yang khusyuk” (Al-Baqarah : 45)
Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“sesungguhnya Allah membeli drpd org mukmin diri dan harta mereka dgn memberikan syurga bagi mereka ” (At-Taubah : 111)
Aku dah  TAK tahan !!
“dan jgnlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. sesungguhnya tiada yang berputus asa drpd rahmat Allah kecuali kamu yang kafir” ( Yusuf : 87 )
~adaptasi drpd mesej sahabat tersayang
jzkk kerana menguatkan diri yang lemah ini~

Wednesday, January 4, 2012

Tentang 'DIAM'





 Sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Diam bukan mengalah.
Ia cara mencari Rahmah.Mendekatkan diri kepada Allah

Renung-renungkan.............................:)