Friday, November 20, 2009

Siswa Berbakti

Hem.................... da setle sume............... program pon da abis...... tgal nak balik jer............. yes nak balik da besnye...... nk jumpa mak ayah sebenar plak huhu....

skang ku nak cta sal program ari 2......... memang gempak gler ar........... ku rasa sume berjalan dengan lancar.... ce..... poyo jer.... tp memang pon... ini kali pertama aku dapat impak yg tinggi dari sesuatu bende yang ku buat. dari mende alah ni aku dapat macam2, aku belajar berkomunikasi,menghormati,punctual time,berdikari, dan macam2 lagi aku dari program ni. mak ayah yg aku dapat memang sangat sporting, dalam keluarga aku ada nenek....... rindu kat nenek...... mak, babah, nana, ading n nor belajar dekat poli kuching. tadi baru buat pos mortem sebenarnye macam2 aku nak ckap tapi x terkeluar..... tapi bukan la bende yg negatif, aku akui memang ku banyak wat cilap dalam sepanjang program ni, aku agak blur ttg tugas aku yg sebenar-benarnye tapi aku kene wat ape benarnye las-las kena dok atas pntas bg hadiah la layan vip la..... pe jadah....... aku pon pelik cam ne aku leh tersesat lam protokol ni, protokol keje die berat sebabnye........ org protokol kene la yg sopan santun, lembut orgnye .....ni...ke.... aku??? xle blah..... aku benarnye kan jenis sopan sgt tapi ble tahan la, x reti aku nak layan org besar2 ni.......... memang satu cabaran yg sgt besar ar aku memegang bende alah ni.... nasib baik aku x jadi ketua ari tu klo x mang penin la aku trus migrain masok ospital sakit mntal da la otak aku pon x berape nak betul ni tmbah plak kene wat keje mcm ni....

tapi x jugak aku trime je ape pon...... sebab aku tawu tahap mana aku jadi hanya nak belajar dari kesilapan sebab kalau aku x buat kesilapan itu aku xkan tawu dimana kelemahan aku dan selalunya orang akan brazam xkan buat lagi kesilapan yg dia lakukan, same gak aku, ngat aku x malu ke kat orang, ari tu mang aku xleh ingat la pristiwea ari tu............... aku rasa malu yg tahap cipan ar..................... malu siot!!......... aku xtawu nak letak mana muka aku ni.......bodo gler....... ble plak aku lalu depan vip.....bengong x bengong! kekadang aku rasa nak tampar je laju laju aku ni selalu sgt buat cilap salah dengar la..................mcm2 la...... tinge aku ni de masalah ke lain owang ckap lain aku pikir..... aku x kesah owg cakap ape pon kat aku biar ar...... org nak ckp aku blur ke.... pending ke..... lambat ke.... bengong ke.............. ckap la..... aku x kesah.....ape yang ku tawu semua owg ade kelemahan masing2 kita xleh tutup kelemahan itu dan kita xleh berserah kita kene berubah...... aku cume insan biasa yang punya kelemahan dan aku akui itulah kelemahan aku jadi aku byk sertai program ape-ape pon yg sape2 anjurkan kematangan aku , aku 6pak kat citu....... jadi aku banyak belajar dari kesalahan yang aku buat dan sume tu membuat aku lebih dewasa...... aku belajar apee yg aku buat sendiri. aku pegang satu prinsip bila orang amanah kan aku suatu perkara x kesah la samaada dalam kerelaan aku atau tidak....... aku akan laksanakan amanah itu.... itu tanggunjawab yang aku harus pikul dan dalam menjalani tnggungjawab itu aku menjalani proses belajar dan memang akan banyak aku lakukan kesilapn.... aku aku x seperfect lain, aku x sebaik oragn lain........ ape yang aku pikir adalah masa hadapan..... asa depan adalah bende yg kt kene bersedia.....tanpa pengalaman, cabaran, kesilapan yang kita pernah hadapi suatu ketika dhulu kita xkan dapat menjadi manusia yg betul manusia, manusia xde yang perfect....... xperfect jadilah manusia yng menyumbang sesuatu untuk org lain, negara dan diri sendiri. kita xkan dapat apa2 kalau kita x bangun merubah diri sendiri...... itu prinsip aku.....aku akan cuba ubah kelemahan aku untuk tidak menyusahkan sume org, biar la ape org nak ckap pasal kta yg penting kta tawu apa yg kta buat. pandangan manusia xkan boleh dibandingkan dengan pandangn ALLAH S.W.T..... Siapa lah manusia untuk menafsir manusia?

Thursday, November 12, 2009

Wantan mee

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Mat & Ah Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.... maka terjadilah perbualan ini:-

PELAYAN : nak minum apa encik?

MAT : bagi saya milo ais satu.

A CHONG : Saya mau minum itu sirap limau....

PELAYAN : ok.....makan cik?

Mat : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu..

AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"

maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula.....lalu berkata:

PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik........

MAT & AH CHONG : ???????????????????????

Pantun Nasihat

Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Kalau memang dah kemut,
Ade kereta, naik bas.

Tom-tom bak,
Mak yong de deh,
Berhutang selambak,
Time bayar, pedih.

Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang ngantuk malam berjaga,
Kalau berbini tak cukup tiga,
Bila dah empat, ha!! tak terjaga.

Lat tali lat,
Lai li tam plom,
Gaji beribu angkanya empat,
Zakat dah bayar ke, belum.

Lagu tiga kupang,
Saku penuh padi,
Bila frust gaji kurang,
Cari duit lebih kat meja judi.

Air pasang dalam,
Surut pukul lima,
Date ngan balak sampai tengah malam,
Bila dah kena cekup, tegak bulu roma.

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Race haram sampai ke pagi,
Kalau mati, tak sempat mengucap.

Twinkle-tewinkle little star,
How I wonder what you are,
Time mabuk, anak dibagi penampar,
Dah tua sok, padan muka.terbiar.

Anak itik tok wi,
Mandi dalam kolam,
Kecik-kecik tak ndak belajar ngaji,
Baru aje nak tobat, dah padam

apa yang dikejar.......................

Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya.Lalu dia dipanggil mengadap ke istana.“Paculah kuda kamu sejauh mana yang mampu. Sejauh mana kamu pergi selebar itulah tanah yang akan kamu miliki,”titah raja.Pengawalnya tersenyum girang mendengar tawaran itu.Hatinya mula berbisik, “lagi jauh perjalananku,lebih luaslah tanah yang akan aku peroleh.”





Tanpa berfikir panjang,pengawal itu pun melompat ke atas kudanya. Dia memecut laju….dan laju bagaikan derasnya tiupan angin.Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yang diperoleh lebih banyak.apabila kudanya penat,dibelasahnya binatang itu agar terus memecut.Lapar,dahaga dan letih langsung tidak dihiraukan.Dia tidak mahu berhenti rehat walau sesaat kerana perasaaan tamaknya berkata , “kalau berhenti rugi.” Bagaimanapun kerana terlalu penat,kuda kesayangannya terjelepok jatuh lalu pengsan.pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga,kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya.

Akhirnya di situ juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Tanah yang luas beratus hekta yang menjadi miliknya tidak membawa erti apa-apa.
“kenapa aku terlalu tamak ?” Tanyanya yang ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pohon.. “ sekarang ajalku semakin hampir.

Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal yang aku perlukan cuma sedikit tanah untuk mengambus jenazahku ,” rungut pengawal itu kesal.

Kekesalannya bagaimana pun sudah terlambat!
Apa yang dialami oleh pengawal itu adalah sama dengan kehidupan kita. Setiap hari kita paksa diri untuk mencari duit sebanyak mungkin. Kita berusaha untuk mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan.

Kita abaikan kesihatan,pelajaran,abaikan masa bersama keluarga. Kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan yang maha agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Percayalah ……suatu hari nanti,kita akan sedar dari lena. Ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar dari landasan.

Apa yang kita timbun selama ini langsung tidak membantu. Malah kita sebenarnya tidak memerlukan begitu banyak dalam hidup ini.
Sayangnya,ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. Kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. Kita tidak mempunyai kekuatan untuk mengutip semula apa yang tercicir.

Ingatlah,kehidupan ini bukan untuk mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus-lumus mendapatkan pengiktirafan.

Kehidupan ini juga bukan sekali untuk kita menempa kekayaan sahaja.

Seharusnya kita bekerja untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini.

Alangkah baiknya jika kehidupan ini diseimbangkan antara bekerja,belajar, dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri.
Orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita.Hanya kita yang mampu mengenal pasti apa yang utama.Gembira adalah makna sebenar kehidupan.Bukanlah itu impian semua manusia.

Jadi rancanglah apa yang hendak kita buat dan nikmatilah keindahan alam semesta.Kehidupan ini terlalu rapuh dan singkat.Kesederhaan itulah kehidupan yang menyeronokkan.

Tuesday, November 10, 2009

Ajaib tapi Benar!!!!!

>Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang
>cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara
>telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor,
>astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan
>sebagainya.
>Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
>
>DUNIA - 115 kali
>AKHIRAT - 115 kali
>
>MALAIKAT - 88 kali
>SYAITAN - 88 kali
>
>HIDUP - 145 kali
>MATI - 145 kali
>
>FAEDAH - 50 kali
>KERUGIAN - 50 kali
>
>UMMAH - 50 kali
>PENYAMPAI - 50 kali
>
>IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
>MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
>
>BALA/MUSIBAH - 75 kali
>BERSYUKUR - 75 kali
>
>BERSEDEKAH - 73 kali
>BERPUAS HATI - 73 kali
>
>ORANG YANG SESAT - 17 kali
>ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
>
>MUSLIMIN - 41 kali
>JIHAD - 41 kali
>
>EMAS - 8 kali
>KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
>KEAJAIBAN - 60 kali
>FITNAH - 60 kali
>
>ZAKAT - 32 kali
>BERKAT - 32 kali
>
>MINDA - 49 kali
>NUR - 49 kali
>
>LIDAH - 25 kali
>SUMPAH - 25 kali
>
>NAFSU - 8 kali
>KETAKUTAN - 8 kali
>
>BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
>BERDAKWAH - 18 kali
>
>KESUSAHAN - 114 kali
>KESABARAN - 114 kali
>
>MUHAMMAD - 4 kali
>SYARIAT - 4 kali
>
>LELAKI - 24 kali
>PEREMPUAN - 24 kali
>
>SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
>
>BULAN - 12 kali
>HARI - 365 kali
>
>LAUTAN - 32 kali
>DARATAN - 13 kali
>
>LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
>
>Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
>Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
>JUMLAH = 100 peratus
>
>Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111
>peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
>Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

kenapa perempuamn melayu slalu kena rasuk!

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...

kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul... ..pi buat keja cepat.....

blogku huhuhu................

assalamualaikum...............

first time wat blog ni. cam bes jer layan je la hehe. pe salahnye kite blajar mcm2 kan supaya t kite x la jakun sgt kekekekeke
nak ckap pe lagi ni ha??? skang ni ngah boring ni dok kat upm puak len da blik tnggal bp kerat je x balik g, p limbang program anak angkat, jeles gak tgk diorg balik awal tp nk g jalan punya pasal tgk tmpat org sanggup balik lambat kkekekeke.....
ala.......... da alang-alang dok kat borneo ni pe salahnye jelajah sume tmpat, bkan selalu dpt peluang cam ni kan so..... luaskanlah pndangan kite ngan aktivit cam ni.... ia membri kta satu pengalamn dan kenangan yang sgt pnjang............
tapi bes gak lepak kat upm ni time xde org sunyi je..... cool...... n cam cam g la..............