Friday, April 16, 2010

Mengapa kita tidak merasa putaran bumi?

Orang-orang pada zaman silam menganggap bahawa bumi kita ini tidak bergerak . yang bergerak di sekeliling bumi paendapat mereka ialah matahari, bulan dan bintang-bintang. Sudah kita duga mengapa mereka menganggap demikian . pada penglihatan mata kita memang demikian rupa. Di samping itu siapakah yang pernah merasa bahawa bumi ini berputar. Jika bumi berputar, maka sudah tentu segala benda di permukaan bumi ini ikut terbang berlanggaran bersama putaran itu.
Seperti yang kita ketahui bahawa bumi kita ini berputar dengan dua cara. Pertama bumi kita beredar di sekeliling matahari. Dan kedua, bumi kita berputar pada paksinya. Kita tidak terasa putaran bumi itu kerana kita pun ikut serta dengan permukaan bumi itu pada waktu bumi itu bergerak. Begitulah juga yang terjadi pada udara yang ada sekeliling kita. Sementara itu graviti bumi menahan segala-galanya tetap terlekat ke bumi, termasuk juga air di lautan.
Namun begitu, putaran bumi pada paksinya dapat kita rasa daripada banyak gejala yang kita lihat mahupun yang kita rasa kerana putaran inilah maka terjadi siang dan malam. Jika bumi kita tidak bergerak, maka bahagian bumi yang mengadap matahari akan mengalami siang selamanya mnakala bahagian bumi yang membelakangi matahari pula akan sentiasa gelap kerna melalui malam sepanjang masa. Tetapi oleh kerana ada putaran itu, maka setiap tempat diprmukaan bumi ini cahaya terang dan gelap secara berganti-ganti dalam masa dua puluh empat jam.
Gerakan bumi yang penting dimana coraknya berlainan pula, kita tdak dapat merasakannya. Namun hal itu tetap membawa perubahan dalam segi kehidupan manusia. Gerakan itu adalah perjalanan bumi mengelilingi matahari. Perjalanan inilah yang menyebabkan timbulnya perubahan musim di atas bumi ini.dan dengan jelas kita dapat melihat bahawa kehidupan manusia pun turut berubah dengan adanya perubahan musim ini.
Perjalanan mengelilingi matahari memakan masa selama 3651/4 hari sekali beredar. Seluruh waktu ini kta sebut satu tahun

No comments:

Post a Comment