kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya
sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang
menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan
segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika
bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Setelah dia meninggal dunia, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah
menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"
Jawab Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan
syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu
semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku
tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku
menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah
berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di
dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"
"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh
dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang
sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat
yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu
catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di
kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus
aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat
kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan
akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?."
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah
ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.
burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian
itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
No comments:
Post a Comment