Saturday, April 17, 2010

Apakah debu nuklear?


Debu serta benda lainnya yang melayang di udara sebagai akibat sesuatu letupan nuclear ( bom atom ) disebut ‘fallout’ atau debu nuclear. Debu nuclear itu meracuni udara, air, dan tanah. Debu nuclear meracuni dunia dan sekitarnya dengan radioaktifnya. Yang dimaksudkan ialah sejenis atom tertentu sedang meledak sambil melepaskan butiran-butiran kecil energy dan zat yang disebut ‘radiasi’.
Ledakan nuclear akan menghasilkan letupan yang dahsyat, panas yang amat sangat dan alam radio aktif. Atom radioaktif itu akan bercampur dengan partikel-partikel tanah dan debu dari bumi. Debu radioaktif ditiupkan ke dalam atmosfera oleh letupan nuclear yang kini jatuh kembali ke bumi sebagai debu nuclear radioaktif.
Partikel-partikel paling berat daripada debu ini jatuh ke bumi dalam masa beberapa minit atau jam setelah letupan nuclear. Partikel-partikel yang ringan pula akan ditiup oleh angin dan jatuh ke bumi lebih lambat. Mungkin juga partikel-partikel radioakti ini akan terapung-apung di muka bumi selama beberapa bulan, bahkan bertahun-tahun. Akhirnya, partikel-partikel itu akan jatuh ke bumi dalam bentuk salji,hujan dan embun.
Debu radioaktif yang melekat pada pakian atau tubuh manusia akan hilang apabila ianya dicuci. Tetapi jika debu itu memasuki ke dalam tubuh manusia, debu itu akan bertahan di sana selama bertahun-tahun lamanya maka akan memberi kesan pada sel dalam tubuh manusia kerana debu ini akan aktif di dalam tubuh. Debu radioaktif memasuki tubuh manusia dengan pelbagai cara iaitu udara, air dan makanan.
Debu radioaktif juga melekat pada daun-daun dan buah-buahan. Debu itu jatuh ke tanah lalu di hisap oleh tumbuhan malalui akar. Haiwan memakan tumbuhan lalu manusia pula memakan haiwan itu.
Di dalam tubuh, atom-atom radioaktif daripada debu nuclear itu memancarkan radiasinya. Apabila terlalu banyak radiasi menembusi sel-sel hidup, maka sel-sel itu akan rosak lalu melemahkan ketahanan jasmani terhadap penyakit-penyakit.

No comments:

Post a Comment