Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Setiap
manusia pastinya selalu menginginkan yang terbaik.
Mendapat segala yang
terbaik dan mengusahakan sesuatu yang terbaik, baik untuk dirinya
mahupun
untuk orang-orang yang tersayang…
Salah
satu sifat seorang Muslim ialah selalu memohon dan meminta pada
Allah,Zat
yang Maha Kuasa. Satu persepsi dan pegangan bagi seseorang yang
bepegang teguh
bahawa jika mahukan sesuatu, mintalah pada Allah kerana Dia pasti
tidak
pernah menghampakan.
Meminta
pada manusia, sekali dua kali, mungkin diberinya, tapi mungkin
tidak pada
permintaan yang berikutnya....tetapi jika berkehendakkan sesuatu,
mintalah
pada Allah, kerana Dia pasti tidak jemu dan bosan untuk
menunaikannya,
terkadang juga tidak diminta, diberi-Nya pula.
Mungkin
terselit ungkapan tulus dalam bait-bait
kata dalam banyak-banyak doa
yang dipohonkan kepada Ilahi ...
“ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku....”.
Tetapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik
untuk diri kita menurut kacamata kita adalah yang terburuk untuk kita
menurut pandangan Allah.
“.............Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu; Allah
Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...” (QS: 216)
Sebaliknya,
berkatalah...”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku,
yang Engkau
rasakan terbaik untukku...”.
Terkadang
juga manusia itu lupa, bahawa yang dilaluinya dan diterimanya
itulah
yang diminta daripada Allah. Kita terkadang sering lupa, yang
datang itulah
yang terbaik untuk kita. Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang
amat berat
datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran
kita. Suatu
ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang
kesabaran menghadapinya.
Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang. Sedangkan
kita lupa,
bahawa ujian itulah yang kita minta daripada Allah, sesuatu yang
‘terbaik’
untuk kita. Ibrah yang ‘terbaik’ untuk kita...untuk menjadikan kita
yang ‘terbaik’ di pandangan Allah.
Begitulah,
setiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu, amat tinggi nilainya di mata Allah,
tiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah,
tinggal pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk mendapatkan
yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya......
Janganlah
kita menjadi hamba yang kufur akan nikmat-Nya, hanya kerana
belum diberi
apa yang diinginkan. Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik
bagi hamba-Nya.
Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita.
Yang
manapun kita, bersabarlah...........